bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Tuesday, August 19, 2008

Sepetang..petik moktan

Assalamualaikum..
NHK ade tanya...kak dah up entry baru tak?. Jawapannya...nie nak update la nie..kehkehkeh.
Sebenonya tak sempat la nak kemas umah nie selalu..tp ade masa terluang nie...layannnnnnn.

Sebelum cuti sekolah..minggu lepas la tu...NHK, Lara n adiknya dtg ke rumah aku kat Melaka. Konon2nya dak Vaart ikut sama. Aku memang la nak jumpe dak Vaart nie...adik lelaki yang macho..hahaha. Abang ambil cuti 2 hari sebab nak meraikan kehadiran adik2 aku from KL. Hari Sabtu..aku keje. Dalam pukul 12 tgh aku balik....masak2...siap2 tunggu NHK sms. Pukul 3 ptg..dorang sampai..aku dan abang susul dorang kat tol Ayer Keroh. Sampai kat rumah..kami makan2...solat dan terus bergerak ke Muo.


Aku tepon kakak aku bertanyakan tentang abang ipar aku samada dah masuk kebun ke belum. Mula2 dia kata dah...bila call lagi sekali dah balik la plak...hahahaha. Jadi aku dan abang bawa la adik2 nie ke kebun. Maka bermulalah peristiwa2 yang menggelikan hati. Korang bayangkan lah..kebun punya la semak..apa taknya masuk setahun tak sekali...hehehehe. Buah rambutan memang banyak giler. Masalahnya..kami datang tanpa peralatan yang sesuai. Mujur la ade galah. Galah panjang tu beratla plak..tak terdaya kami nak mengangkat. Galah yang ringan plak tak brape nak panjang. Lara tetap dgn usaha nya untuk mengait buah rambutan. Galah dan tuan sama tak cukup panjang dan tinggi...kehkehkeh. NHK terel gak mengait..ada jugaklah hasilnya.
Setelah berhempaspulas...kami berjaya mengait buah rambutan hampir 1/2 beg plastik hitam.

Cita2 Lara tuk memanjat pokok rambutan tidak kesampaian...sebab kami hanya tuju pada sebatang pokok jek. Rupa2nya...ade pokok lain yang boleh dipanjat. Aku ada amek beberapa gambar..tapi tak leh nak letak kat sini...NHK tak bagi ooooOOOOo!!..hahahaha. Korang tatapkan gambar yang ade nie...jadila yer...hiks.

merah dahh..


Malam tu kami makan di Alai. Ketam masak black pepper, ikan masak sweet n sour..ikan pari goreng bersambal...dan sotong goreng bertepung. Aku dan abang pelawa adik2 nie turu kat rumah kami..esok2 balik la. Tapi emak lara suruh dia balik jugak. Tak terdaya kami nak halang..dorang bertolah dalam pukul 10 gitu. Alhamdulilah mereka selamat sampai ke rumah masing2 dalam pukul 12- 12.30 tgh mlm gitu.


Esoknya...aku dan abang balik semula ke Muo..masuk lagi kebun. Kali nie abang balas dendam. Dia panjat pokok dan menetak satu dahan yang memang sarat dengan buah rambutan yang masak ranum. Kononnya dia nak tetak dahan kedua..dalam masa yang sama..dia kena attack ngan keran...hahahaha...berderas dia turun dari pokok.



tgh menetak dahan...kena attack...aduhhh!!!


Actually..bukan kami jek yang masuk kebun ari tu. Abang ipar dan menantu lelaki dia pun masuk gak. Adik aku pun masuk gak...bawa isteri dan anak2 sekali...hiks. Banyak gak lah buah yang kami petik ari tu. Separuh masuk Unser abang ipar aku...separuh masuk Avanza aku dan separuh masuk Wira adik aku. Jenuh makan tuh. Lepas tu sempat gak aku dan abang ke belakang rumah arwah abah..petik manggis la plak...hehehehe



cam nak niaga ek?...hiks


Buah duku banyak gak..tp sayangnya lom masak sepenuhnya. Mungkin dalam bulan pose masak bebeno la kot. Terfikir gak..dalam bulan pose..sape la nak g amek?..Aku??...hehehehe.

masih hijau ..tp ade yang dah mencelah


Nampaknya..buah rambutan yang masih ade kat atas pokok tu ..tetaplah kat situ. Kira sedekah kat burung2 dah haiwan2 lain ler. InsyaAllah..kalu panjang umo..murah rezeki...NHK dan Lara datang lagi tau. Kali nie kita datang siap dengan peralatan yang sesuai...kehkehkeh. Moga korang tak serik masuk kebun..tengok gelagat adik beradik akak..dan maaf andainya terdapat layanan yang kurang memuaskan....sayang korang!!!..muahhhhhhhhhhhhhhs!

*pssttt...lara..mekasih ek nenas tu..manis cam orang yang bawanya..hiks*

Wassalam