bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Saturday, May 10, 2008

Selamat Hari IBU...tuk suma ibu2 kt dunia nie..

Assalamualaikum..


Aku tahu..ibu..
senyummu bersulam resah.....
dalam kepayahan lena..
dibuai mimpi yang terlukis kebimbangan..
putihkah nanti?..
hitamkah kelak?..
atau berwarna warnikah akhirnya?


Aku tahu ...ibu..
getar suaramu...menzahirkan..
debar dadamu...melagukan..
irama semakin bercelaru..
dihimpit kerisauan yang tak sudah..
menerjah minda dan rasa..




Aku tahu...ibu..
dalam nafasmu yang terhela..
ada namanya yang dilampiaskan..
dalam doamu yang terhimpun..
ada tertitip satu untuknya..
dalam mimpimu yang terlakar..
tercalit kenanganmu bersamanya..
dalam sedarmu tanpa angan..
ada airmata rindu buatnya..



Aku tahu...ibu..
segala bicara dan rasa..
segala deraian tangis dan hilai tawa..
segala keresahan dan impianmu..
kerana ia bersemadi jua dalam diriku..



"SELAMAT HARI IBU"
p/s : LINDA..Happy Mother's Day dear. I know u're a good mother ..and always be.



Wassalam