strawberi..
Depan rumah kat Melaka nie abang tanam pokok nangka ...belimbing buluh dan rambutan. Pokok nangka dah berbuah. Pokok rambutan tengah belajar berbunga. Seronok pula tengokkannya...sebab dia dah mula berputik. Yang aku pasti...bila dia masak nanti...aku tak merasa kot..hiks. Al-maklumlah...tanam kat laluan orang...ade la yang berkongsi nanti..hahaha.tak per la...ade rezeki..dapatlah rasa...tak der kalu...buah kat tepi jalan pun banyak.
menggoda tak?..hiks
Sebenarnya..buah nie kan banyak khasiatnya. Ianya bagus untuk kesihatan. Buah nie tak banyak kalori. lapan biji buah strawberi nie bersamaan ngan 50 kalori dan yang bestnya..tiada kolestrol...leh makan banyak2 arr cam tu.
Untuk ibu2 mengandung...pun sangat2 la sesuai..hehehe. Asid folik yang terdapat di dalam buah nie penting bagi membantu perkembangan saraf , otak , tulang belakang , organ , kulit dan tulang bayi dalam kandungan. Pottasium yang terkandung dalam buah strawberi bagus untuk membantu menurunkan tekanan darah. Pada sesiapa yang selalu tension tu...makan lah buah nie...hiks.
Untuk wanita2 diluar sana yang ingin kelihatan cantik dan menawan...gunalah buah strawberi sebagai ubat jerawat. Cara2 membuat maskernya ialah...hancurkan buah strawberi dan campurkan dengan sedikit yogurt. Sapukan di wajah dan biarkan untuk 15 minit. Pastu bersihkan lah muka tu...takut semut lak yang datang..hehehe. InsyaAllah..kulit muka anda akan kelihatan segar,cantik dan berseri. *Nak kena try nie*
Sebenarnya banyak lagi khasiat buah strawberi nie. Kalau nak putihkan gigi..kunyahlah strawberi tiap hari. Untunglah orang2 Cameron Highlands ek...hari2 leh makan strawberi. Makan kat sana..buahnya lebih sedap dan manis. Kalau dah bawa 'turun'...agak kureng sikit rasanya...tapi aku tetap balun...favourite tuh!!hiks
Dek kerana aku suke sangat buah nie..abg selalu belikan. Pantang ke Jusco..mesti beli!! kadang2 bila aku makan aku lupe nak pelawa dia...hehehe..buruk lantak betul...hiks. Kalau lah aku boleh tanam strawberi kat depan rumah aku nieeeee...hmmmmmmmm...*jadi2 la berangan tuh*
Wassalam.
<< Home