bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Saturday, August 08, 2009

LADAP - mencanting plak ..TAMAT

Assalamualaikum..

amboi..amboi..amboi...lamanya tak kemas rumah!! hehehe
bukan lah bz sangat..tapi malassssssssnyaaaaaaa!! Kalau nak dikatakan tak bz..tak juga. Lately memang la bz.. anak2 didik aku kan nak menduduki UPSR..dan aku 100% yakin seluruh cikgu2 Tahun 6 khususnya kat Malaysia nie tengah bertarung giler ngan anak2 didik mereka. Dalam pada itu..aku lak dapat *cuti terpijak*..hehehe. Harap2 anak2 didik aku tak la kemana2 semasa *bercuti* nie...Ulangkaji pelajaran yer anak2...hiks.

Since aku sedang *bercuti*..dapatlah aku menyiapkan beberapa keje ku yang tertangguh. Alhamdulilah..a few dah siap. Ingatkan nak potong kain langsir..malas la plak. So aku on kan laptop aku dan nak kemas umah nie jap.


Aku nak sambung balik pasal kursus mencanting batik.

Selepas mendengar taklimat n melawat pameran yang terdapat di sana...kami pun dibawa ke bengkel mencanting batik. Kain2 putih sudah siap terentang untuk kami *kerjakan*. Kami diberikan sebatang pensel seorang. Buatlah apa saja corak yang kami nak di atas kain putih tu. Aku seperti bese...yang memang tak seni orangnya...belasah ape yang patut.















dah siap lukis then dicanting ngan lilin..


dah taruk warna dah...

dah siap...walaupunnn...hehehe


satu lagi hasil yang ...bolehhhhhhhh laaaaaaaa.....hiks








Guru Besar aku pun mencanting gak..orang Kelantan tuh..leh nampak bakat anak jati Kelantan mencanting batik..Kawan2 yang lain pun bz mencanting...layan beb!!! hahahaha


Selesai mencanting ...we had our lunch. Masa tu ujan turun dengan lebatnya...alhamdulilah sebab dah lama tak ujan..hehehe. Then kami berkemas2 pulang. Bagi aku...ini adalah satu pengalaman yang tak akan aku lupakan. Dari sini aku tahu...aku ade juga bakat seni tu walaupun tak la sehebat mereka di luar sana. Sebenarnya semua orang ade bakat seni cuma kita tak tahu bagaimana untuk mempamerkannya.

Wassalam..