rindu membeku..
Assalamualaikum..
Sajak ini pernah aku berikan pada seseorang...Kini aku abadikan dalam rumah aku..
bila aku berdiri disini
Sajak ini pernah aku berikan pada seseorang...Kini aku abadikan dalam rumah aku..
bila aku berdiri disini
antara dua lorong yang gelita
menerjah cahaya yang tiada
yang terdengar hanya hela nafas yang makin lemas
...............makin rimas..........
bila aku berdiri disitu
membiarkan pelangi yang datang
melampiaskan kata sayang
membariskan kata rindu
aku semakin kaku
kerana sayang..........telah bertaktha
kerana rindu........telah bertamu
aku cuba melarik mimpi........
menganyam kenangan...............
mengapai impian.........
akhirnya...............
aku hanya mampu menyusun bata bata rindu
menjadi tugu rasa yang terbiar
membeku....kaku
menjadi sempadan..........antara dua
dan rindu akan berlalu
rasa itu akan tertunduk malu
aku semakin pasrah...........
terasa..............ingin pergi dulu
Wasalam
<< Home