bicarasepi

Bicaraku bicara sepi...dengarkan jika sudi...kerana ia akan terus di sini....walau aku perlu berbicara sendiri..

Tuesday, June 05, 2007

cuti sekolah & majlis perkahwinan..


Assalamualaikum..

aduhai!!...terkejar2 aku tau. Kejap balik Muo...jap balik Melaka. Ingatkan cuti2 sekolah nie nak le bersantai.Tapi banyak kerja ler plak. Tak kisah ler...janji ada ruang untuk aku bersihkan rumah aku nie.


Minggu pertama cuti sekolah..aku balik Melaka. Aku tak bercuti kemana2 pun sebab abang kerja. Jadi banyak masa aku habiskan dengan menyudahkan kerja sekolah.Kertas peperiksaan dah siap aku periksa sebelum cuti bermula...pulun tu beb!! Apa2 pun masih ada yang perlu dibereskan.


Hari Ahad pertama bila cuti bermula....aku pergi ke satu majlis perkahwinan di Kg Rantau Panjang,Melaka. *Melaka pun ada tempat nama Rantau Panjang tau!*hehehehe. Kawan aku nie aku jumpa masa menghadiri kursus di KL...tahun lepas. Jumpanya 3 -4 hari camtu...tapi mesranya macam dah bertahun2 kenal. So kami keep in touch. Selalu gak ler kami bersms. Dia nie boleh dikatakan sebagai 'kakak' yang begitu memahami. Apa jua masalah aku...dia banyak membantu dengan memberi kata2 semangat dan sentiasa mengingatkan aku...orang tidak akan tahu apa yang kita rasa dan lalui kerana mereka tidak berada di tempat kita.Selama itulah mereka akan terus mengata.Biarkan...cari kebahagiaan sendiri kerana kita berhak untuk rasa bahagia.


Apa yang nak aku bicara dan tunjuk kat korang ialah pelamin pengantinnya. Aku memang tak pernah tengok pun pelamin sebegini rupa. Orang2 Melaka atau Negeri Sembilan mungkin dah terbiasa...tapi tidak aku. Aku terpegun dengan pelaminnya yang terletak di luar kawasan rumah...malah kelihatan seperti sebuah pondok untuk bersantai bersama2 keluarga. Ye la...selalunya pelamin orang buat dalam rumah atau paling tidak pun di luar rumah iaitu di kawasan porch kereta...yang nie memang lain *bagi aku ler*


comel pelaminnyer...

Satu lagi yang aku kurang faham dengan adat orang di sini ialah pemberian telur ayam *ker telur itik?*...di isi dalam beg plastik dan kemudian diberikan pada tetamu yang hadir. Aku tanya pada suamiku...dia pun tak tahu...kehkehkeh. Nanti aku call kawan aku tu...curious sungguh!!! hehehehe.


Oh yer...kalo korang ke Melaka...*orang negeri2 lain ler* korang leh lihat satu2nyer air terjun di tengah2 bandar. Aku pernah tanya suamiku..."Boleh mandi ker kat sini?"*sajer jer tanya*. Suamiku kata.."boleh....tapi jap lagi ada orang bawa van datang ambil bawa gei hospital..test power...betul ke tak betul." Aku hanya mampu ketawa je la...kehkehkeh.

ada jambatan di tengah2nya...

Masuk minggu kedua cuti sekolah...masih ada majlis perkahwinan yang aku hadiri. Jiran aku kat Muo siap panggil kumpulan ghazal..bestnyer.Yang paling best bila diaorang bawa lagu Sway!! Pak kal ler aku kena bergerak ke Melaka. Kalo tak boleh aku dengar lagu2 lain kan kan kan?

Pada hari tu saja...ada 4 jemputan perkahwinan...aku sempat pergi 3 tempat jer.Tak per...anak2 diaorang ramai lagi. Insyaallah kalo dijemput aku pergi ler. Harap2 tak bertembung dengan hal2 lain...hehehehe

Wassalam.